Monday, June 2, 2014

Keputusan Temuduga PTD M41 & PT N41

Salam semua....mesti ramai yang tengah tunggu keputusan temuduga SPA untuk jawatan Pegawai Tadbir (PT) N41 aritu kan??? dalam surat tulis 16 Jun 2014 dah boleh mula semak...Harap pada sesiapa yang layak nanti dapat jalankan tanggungjawab dengan baik walaupun jawatan ni hanya kontrak.

Setakat ni saya dah dua kali berpengalaman temuduga lisan dengan pihak SPA. Kedua-duanya berbeza. Kali pertama untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41. 
Jawatan ni ada ujian bertulis tau...macam jawab soalan SPM pulak rasenye...macam-macam bahagian soalan ada..ada esei BM dan BI, ada soalan matematik, kenegaraan, pengetahuan am dan lain-lain...kalau rajin korang boleh beli e-book la sebab jujurnya kawan saya emailkan e-book dia, study e-book tu je dan alhamdulillah lulus. Walaupun tak minat jawatan ni, tapi tak kan la nak sia-siakan peluang yang ada kan untuk pergi temuduga. Lepas lulus ujian bertulis, barulah temuduga lisan dijalankan.

 Tahun saya dah tak ada PAC tau kalau tidak mesti kena lulus PAC dulu baru boleh lepas ke temuduga lisan. Sayangnya masa dapat surat temuduga lisan, saya dah pun bekerja sebagai pensyarah sambilan di sebuah kolej. Jadi semangat nak pergi temuduga tu dah tak ada dan langsung tak study apa-apa. Akibatnya ada beberapa soalan tentang dasar kerajaan yang tak dapat jawab dengan baik. Faham-faham je lah kan keputusannya..hehe

Untuk pengalaman kedua jawatan PT N41 pulak, khabarnya calon yang tak lulus temuduga PTD tadi, dipanggil pulak untuk jawatan ni. Yang ni seronok sangat. Bukan apa, panel sangat baik seorang Cina dan seorang melayu....bahasa yang digunakan adalah melayu dan inggeris. Apa yang menarik soalan yang ditanya adalah soalan yang sama masa temuduga PTD aritu tentang 'Blue Ocean'. Kebetulan pulak sebelum masuk dalam bilik temuduga sempat lah saya berbual dengan seorang pensyarah sambilan dari UITM ni. Katanya masa di universiti dulu dia ada buat kajian pasal Blue Ocean ni..Dia pun cerita la sedikit sebanyak dan dia kaitkan dengan dasar kerajaan. Apa lagi, bila panel tanya je saya, saya pun ulang lah semula maklumat tadi..hihi..Alhamdulillah nasib dapat jawab....Panel pun angguk je la kan...

Apa yang penting, untuk semua bakal calon temuduga SPA, korang kena ambil tahu tentang Blue Ocean ni, bukan ni je, semua dasar terbaru kerajaan korang kena tahu dan pandai kaitkan kelebihan pada rakyat dan negara bila korang cerita tentang sesuatu dasar. Panel kata bulan 7/8 ni akan dibuka jawatan PTD untuk taraf tetap..Jadi, sesiapa yang berminat boleh la mohon.. Saya??? ha..memang x nak la..sebab ada rancangan lain..rancangan apa??? Nanti update akan datang..Semoga berjaya ye untuk calon yang tunggu keputusan 16 hb ni... Korang boleh klik sini ye semakan keputusan temuduga ..jumpa lagi.. 

2 comments:

  1. Salam.. Result temuduga PT N41 dah blh check sejak 25 May lagi...

    ReplyDelete