Salam semua....betul ke dengan pil perancang banyakkan susu ibu??? Itu kata nurse bagi ibu yang ambil pil perancang jenama --- tu bila bayi berusia 6 bulan ke bawah..tapi bila ibu-ibu tukar pil perancang lepas anak berusia lebih 6 bulan, tak ke susu ibu makin kurang???
Kalau boleh tak mahu dan tak nak ambil ubat perancang keluarga ni..sebab apa, bukan semua orang serasi atau sesuai dengan ubat tu..pengalaman sendiri la kan..masa furqan nak masuk umur 4 bulan, saya perasan susu ibu jadi kurang dari biasa..saya ingat sebab tak ambil perancang yang nurse suruh tu..jadi dengan segeranya saya telan pil tu..lepas seminggu saya perasan period saya jadi tak normal...saya pun terus berhenti makan pil dan google apa yang patut..
Antara kaedah yang saya jumpa untuk banyakkan susu ibu adalah:
- Ibu perlu makan makanan yang seimbang + berkhasiat mengikut aturan seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam. Ia penting untuk penghasilan susu ibu.
- Minum banyak air kerana ia membantu penghasilan susu dan pembuangan toksik di dalam badan untuk menjamin kesihatan tubuh ibu.
- Pengambilan makanan tambahan atau supplement yang penting untuk bantu seimbangkan metabolisma badan seperti B-Complex - bantu tenangkan badan ibu, Omega / Lecithin - bantu pecahkan lemak dalam tubuh ibu ketika tempoh penyusuan & Alfalfa - sebagai peransang kepada tubuh ibu untuk hasilkan susu.
- Yang ni penting sangat untuk ibu amalkan iaitu pemakanan sunnah seperti kurma, kismis, madu dan lain-lain yang turut membantu penghasilan susu yang berkhasiat untuk bayi..
Jadi saya pun ikut la langkah-langkah ni dan alhamdulillah sampai sekarang furqan nak masuk 2 tahun dah bulan 7 ni dan dia masih menyusu dengan susu ibu. Cuma untuk supplement tu saya cuba ESP dari shaklee..bukan sahaja membantu dalam penghasilan susu ibu tetapi untuk kecantikan kulit, kesuburan dan diet juga. Bila hormon dah stabil semua pun ok In shaa Allah....
ESP ni kena bancuh dan minum, paling sedap kalau minum dengan jus oren. Ada juga yang bancuh dengan milo. Terpulang pada individu..Yang penting niat dan usaha kita nak susukan anak sampai umur dia 2 tahun tercapai alhamdulillah kerana susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi diikuti susu kambing kerana mudah hadam tidak seperti susu lembu..tapi saya faham tak semua orang ada peluang untuk susukan anak sendiri kan??? Selagi kita usaha, yakin, doa dan tawakal In shaa Allah, dipermudahkan segalanya...

No comments:
Post a Comment